GARU, garu, garu. Kepala anda rasa sungguh gatal. Mungkinkah
ia bahana kutu? Jika demikian, anda tidak keseorangan.
Setiap tahun,
dianggarkan antara enam juta hingga 12 juta orang manusia di seluruh dunia
dijangkiti oleh kutu kepala. Rata-ratanya adalah kanak-kanak.
Di sekolah, ia boleh
berjangkit dengan begitu mudah sekali. Jika seorang murid mempunyai kutu, boleh
dikatakan seluruh kelas akan turut dijangkiti olehnya.
Kutu tidak termasuk
dalam kategori bahaya, ia juga tidak menularkan penyakit. Namun, kutu sangat
mudah berjangkit dan boleh menyebabkan rasa tidak selesa yang teramat sangat.
Gigitannya boleh
menyebabkan kulit kepala seseorang berasa sangat gatal. Kesan garu yang berterusan
bukan sahaja boleh mengakibatkan keradangan kulit, malahan jangkitan.
Jika anda beranggapan
bahawa kutu gemarkan kepala seseorang yang kotor sebagai rumahnya, anda salah
kerana kutu sukakan semua orang sama rata termasuklah kepala terbersih di dunia.
Kutu kepala bukanlah
satu petunjuk bahawa seseorang itu tidak menjaga kebersihan dirinya dan boleh
diklasifikasikan sebagai pengotor.
Malah, anda mungkin terkejut jika mengetahui bahawa kutu
sangat menyukai kepala dengan rambut pendek, lurus dan bersih. Kenapa? Kerana
ia memudahkan laluan kutu ke kulit kepala.
Pun begitu, fakta ini bukanlah bermakna seseorang itu boleh
mengabaikan penjagaan kebersihan kulit kepala mereka sama sekali.
Apa itu kutu kepala
Kutu merupakan
serangga parasit - yang tinggal menumpang di atas kehidupan lain seperti kepala
manusia, sangat halus dan sukar dilihat (lebih kurang saiz bijan atau dua
hingga empat milimeter) dan mempunyai enam kaki kecil dengan kuku khas seperti
penyangkut yang memegang kuat rambut.
Ia juga tidak
bersayap. Memandangkan kutu kepala sangat mudah berjangkit, sesetengah orang
menganggapnya boleh terbang.
Air liur kutu yang dicucukkan kepada kulit kepala ketika
menghisap darah memberikan sensasi gatal dan proses ini boleh berlaku sehingga
lima kali sehari.
Penting untuk anda mengetahui bahawa seseorang itu berisiko
mendapat jangkitan kali kedua akibat menggaru kepala disebabkan oleh rasa gatal
itu.
Apabila kutu mulai
hidup di dalam helaian rambut, ia juga mula mengeramkan telur. Secara puratanya,
kanak-kanak boleh `membela' di antara 10 hingga 20 ekor kutu dewasa.
Kutu boleh hidup
sehingga 30 hari di atas kepala manusia (kutu kepala tidak boleh hidup atau
menumpang binatang seperti kucing dan anjing) dan boleh mengeramkan sebanyak
lapan biji telur sehari.
Kutu dewasa
melekatkan telur-telur mereka yang berwarna kelabu keputih-putihan dan
berbentuk bujur pada helaian rambut, berhampiran dengan kulit kepala. Ada
ketikanya ia kelihatan seperti kelemumur.
Sebaik ia menetas,
nimfa atau anak-anak kutu baru akan keluar. Walaupun tidak boleh mencederakan
namun ada ketikanya ia boleh menyebabkan keradangan kulit dan menimbulkan rasa
gatal, apatah lagi pada sebelah malam.
Prevalens serangan kutu
Kutu kepala sudah menjangkiti manusia sejak berjuta tahun
lamanya tidak kira di negara-negara membangun mahupun maju.
Kekerapannya boleh
berbeza-beza dari 2.4 peratus di England kepada 4.6 peratus (Arizona, Amerika
Syarikat), 41.3 peratus (India) dan 10.7 peratus (Malaysia).
Insidennya paling
ketara di kalangan kanak-kanak sekolah, terutama sekali yang berusia dalam
lingkungan tujuh hingga 10 tahun.
Kadar kelaziman
serangan kutu kepala di Malaysia tidak pernah merosot. Malahan, epidemik
dilaporkan di beberapa kawasan bergantung kepada tahap kesedaran penduduk
sekitar itu.
Di kalangan
kanak-kanak sekolah kawasan pedalaman, kekerapannya adalah jauh lebih tinggi
iaitu 41.5 peratus berbanding kadar purata nasional, 10.7 peratus.
Sekalipun kanak-kanak
yang datang dari sosioekonomi lebih rendah mempunyai kadar serangan yang lebih
tinggi, namun, semua orang boleh dijangkiti oleh kutu kepala tanpa mengira
tahap kebersihannya.
Bagaimana ia berjangkit?
Kutu tidak boleh melompat atau terbang seperti tanggapan
sesetengah orang tetapi ia boleh merangkak dengan cukup laju.
Ia sangat mudah
merebak menerusi sentuhan fizikal kepala ke kepala terutamanya di kawasan yang
sesak seperti sekolah, kem dan pusat penjagaan kanak-kanak harian.
Justeru, tidak hairanlah jika masalah kutu lebih lazim
ditemui di kalangan kanak-kanak berusia antara empat hingga lapan tahun.
Kadangkala, ia juga
boleh berlaku melalui perkongsian tuala, pakaian, topi, tilam, bantal mahupun
sikat. Jika kutu terlekat pada salah satu barangan di atas dan ia kemudiannya
menyentuh kepala orang lain, orang tersebut juga boleh dijangkiti.
Walaupun kutu kepala
selalunya menyebabkan kulit kepala seseorang berasa gatal, tidak mustahil
seseorang itu tidak menunjukkan sebarang gejala apabila dijangkiti.
Gejala serangan kutu
Ø
Terasa seperti ada sesuatu yang merayap-rayap di
atas kepala
Ø
Gatal, disebabkan oleh tindak balas alahan
gigitan kutu, dan mula menggaru
Ø
Mudah marah
Ø
Kudis di atas kepala disebabkan oleh kerap
menggaru. Ada kalanya, kudis ini boleh berjangkit.
Di manakah kutu biasanya ditemui?
ü
Kulit kepala
ü
belakang telinga
ü
belakang leher.
Implikasi kutu kepala
Kutu memberikan
ketidakselesaan, membuatkan seseorang berasa tidak sihat sekali gus menjejaskan
kerja-kerja mereka.
Di kalangan kanak-kanak,
kegatalan pada waktu malam mengganggu tidur mereka, seterusnya turut
mempengaruhi tumpuan di dalam bilik darjah.
Dalam masa yang sama,
ia turut memberikan kesan terhadap tumbesaran dan proses pembelajaran
kanak-kanak.
Terdapat juga risiko jangkitan
kedua akibat kegatalan dan menggaru kulit kepala secara berterusan.
Untuk itu, rawatan kutu kepala ditujukan kepada empat bidang
iaitu kebersihan, kutu, telur kutu dan jangkitan kedua.
Rawatan sedia ada
Memandangkan kutu
boleh merebak dengan begitu mudah dan cepat, adalah penting untuk merawatnya
dengan betul dan menyeluruh.
Pada masa dahulu,
minyak tanah digunakan untuk membunuh kutu kepala. Namun begitu ia mengundang
bahaya kerana boleh terbakar.
Terdapat juga
beberapa jenis racun serangga yang boleh digunakan untuk merawat masalah kutu
kepala ini. Gamma benzene hexachloride dan Malathion merupakan rawatan kutu
kepala paling berkesan.
Bagaimanapun, Gamma
benzene hexacloride telah diharamkan di beberapa negara kerana dikaitkan dengan
keradangan sistem saraf pusat.
Syampu Malathion
didapati berkesan menghapuskan kutu kepala dan telur-telurnya selepas 10 minit
disapukan ke kepala tanpa sebarang kesan sampingan.
Kadar penyembuhan
kutu kepala mencapai 95.5 peratus.
Memperkenalkan A-LICES
Malathion digunakan
sebagai bahan aktif utama di dalam penghasilan A-LICES yang berupaya membunuh
kedua-dua kutu dewasa dan telur-telurnya selepas 10 minit pemakaian.
Didatangkan dalam bentuk syampu, ia bukan sahaja selamat dan
efektif tetapi juga mudah digunakan. Tiga langkah mudah adalah:
Langkah 1: Basahkan rambut dan syampu kepala menggunakan
A-LICES
Langkah 2: Tunggu selama 10 minit
Langkah 3: Bersihkan kepala serta kulit kepala
A-LICES tidak memerlukan preskripsi doktor dan boleh
didapati di kaunter-kaunter farmasi.
No comments:
Post a Comment