RAMBUT tumbuh di merata badan
manusia kecuali di tapak tangan dan di tapak kaki. Ada sesetengah rambut tumbuh
terlalu halus sehinggakan kita tidak dapat melihatnya dengan mata kasar.
Namun begitu rambut yang tumbuh
di kepala paling menjadi perhatian sama ada lelaki atau wanita. Maklumlah,
rambut adalah mahkota.
Secara purata, seorang dewasa mempunyai
100,000 ke 150,000 helai rambut. Rambut gugur lebih kurang 100 helai sehari,
oleh itu jika anda menjumpai beberapa helai rambut di sikat ketika berdandan, janganlah
risau.
Pertumbuhan rambut terbahagi kepada tiga fasa.
1. Fasa
Anagen: fasa penumbuhan aktif jangka masa 2 ke 6 tahun
2. Fasa
Catagen: fasa di mana rambut yang aktif memanjang berhenti dari memanjang.
Jangka hayat dua ke tiga minggu
3. Fasa
Telogen: Fasa di mana rambut mula berehat dan kemudian gugur. Jangka hayat dua
ke tiga bulan.
Dalam setiap masa lebih kurang 90
peratus rambut kita dalam fasa Anagen dan dalam setahun rambut kita memanjang
sebanyak 6 inci secara purata. Namun begitu semakin berusia, kadar pemanjangan
rambut semakin lambat.
Di antara masalah rambut
"nipis" yang kerap di alami oleh wanita adalah
1. Telogen Effluvium: Rambut
menipis
Majoriti wanita yang mengalami
masalah "penipisan" rambut disebabkan sejenis kondisi yang dinamakan
"Telogen Effluvium".
Masalah rambut nipis adalah
bersifat sementara. Apa yang berlaku sebenarnya, majoriti rambut berhenti
memanjang (fasa anagen) dan masuk ke fasa Telogen. Ini bermakna rambut secara
tiba-tiba berhenti memanjang dan gugur secara banyak. Kenapa ini boleh berlaku?
Telogen Effluvium boleh berlaku
apabila badan mengalami stres seperti selepas demam panas, ketika anda mendapat
penyakit dan untuk wanita selepas bersalin. Berita baik adalah, anda tidak
perlu panik. Rambut akan tumbuh semula. Jika anda baru sembuh daripada
penyakit, rambut akan tumbuh semula selepas beberpa bulan; jika anda stres,
ambil cuti dan berehat; jika anda baru lepas bersalin, ambil cukup vitamin dan
mineral agar badan boleh sihat dengan cepat dan rambut boleh tumbuh lebat semula
seperti sediakala. Oleh itu jika anda mengalami rambut gugur selepas bersalin
atau stres, jangan risau, ia akan pulih dengan sendiri.
2. Androgenic Alopecia
Masalah rambut menjadi botak ada kaitan dengan
genetik. Ia boleh berlaku kepada lelaki atau wanita. Lelaki boleh mengalami
masalah ini seawal remaja manakala wanita pula menjangkau 40-an.
Masalah ini lebih kerap dialami
oleh kaum lelaki. Lelaki yang mewarisi genetic androgenic alopecia, mempunyai
folikel rambut sangat sensitif kepada hormone dihydrotestosterone (DHT). Kesan
DHT adalah mengecutkan folikel rambut dan menyebabkan rambut gugur. Androgenic
alopecia mempunyai corak "botak" yang tertentu.
Untuk wanita, androgenic alopecia
boleh disebabkan perubahan hormon. Di antara sebabnya adalah ovarian cyst, pil
perancang yang mengandungi paras progesteron yang tinggi serta menopaus.
3. Alopecia Areata
Ada sesetengah remaja atau dewasa mengalami
masalah "botak" setompok-setompok di kepala.
Keadaan ini boleh menyebabkan
rambut terus botak. Namun begitu 90 peratus kes Alopecia Areata, rambut akan
tumbuh semula selepas beberapa tahun.
Sebab-sebab lain rambut gugur
Jika anda mengambil ubat-ubatan seperti
allopurinol dan warfarin, penyakit seperti hypothyroid (kekurangan hormone
tiroid) dan kekurangan zat besi.
Rawatan untuk rambut gugur
Jika disebabkan Telogen effluvium maka rawatan
tidak diperlukan. Kurangkan stres, rambut akan menebal dengan sendiri selepas
beberapa bulan.
Namun begitu ada sesetengah klinik aestetik
melakukan rawatan laser dan stem cell untuk mempercepatkan rambut tumbuh
semula. Ia boleh membantu wanita mengembalikan rambut yang lebih sihat, cantik
dan tebal. Rawatan laser dilakukan dua kali seminggu untuk tiga bulan manakala
rawatan stem cell setiap bulan untuk tiga ke lima sesi. Rambut akan lebih sihat
dan cantik. Ia juga boleh memanjangkan fasa anagen, oleh itu rambut akan jadi
lebih panjang dan tebal.
Laser rambut
Jika anda mempunyai masalah androgenic
alopecia, anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan ubat anti DHT.
Ubat anti DHT ini boleh menghalang hormon DHT dari merosakkan rambut anda.
Namun begitu ramai lelaki teragak agak untuk mengambil rawatan ini kerana ia
boleh mengganggu fungsi seksual. Rawatan anti DHT juga perlu dilakukan
berterusan kerana apabila rawatan berhenti, rambut akan gugur kembali.
Akhir sekali untuk menampung kawasan botak,
rawatan tanam rambut juga menjadi pilihan. Ada dua teknik menanam rambut, iaitu
secara tradisional di mana doktor akan memotong sebahagian dari kulit kepala
yang mengandungi rambut, memproses rambut dan menanam semula di kawasan
terbabit. Proses ini mengambil masa yang lama tetapi, doktor boleh menanam
1,000 ke 3,000 helai rambut sehari. Oleh kerana banyak helai rambut yang
ditanam, proses penyembuhan juga mengambil beberapa hari.
Teknik kedua adalah Follicular
Unit Extraction atau FUE. Teknik ini hanya memotong helaian rambut secara
individu. Oleh itu kecederaan minimum kepada kulit kepala dan anda boleh terus
bekerja keesokkan harinya. Teknik ini bagaimanapun hanya boleh menanam 500 ke
1000 helai rambut sehari, namun proses ini boleh dilakukan berulang ulang kali
sehingga anda berpuas hati.
Salam,sy nak tahu tempat klinik utk perubatan rambut ni kat mana ye?
ReplyDeleteSalam,sy nak tahu tempat klinik utk perubatan rambut ni kat mana ye?
ReplyDeleteUtk buat tanam rambut ada dekt mana juga?? Di sarawak ada x?? I hope you can reply as soon as possible.
ReplyDeleteUtk buat tanam rambut ada dekt mana juga?? Di sarawak ada x?? I hope you can reply as soon as possible.
ReplyDelete