Posted on December 2, 2010 by fitrijohari
Sebelum ni, kita selalu dengar yang Malaysia mengalami masalah
kekurangan doktor di hospital kerajaan seluruh negara. Dengan itu kerajaan
telah mengambil langkah tertentu antaranya dengan menghantar lebih ramai
pelajar Malaysia ke luar negara untuk mengikuti kursus perubatan melalui
program biasiswa yang ditawarkannya.
Pada masa yang sama semakin banyak IPTS di negara ini menawarkan
program pengajian perubatan di institusi masing-masing. Mungkin atas faktor
market demand agaknya. Sebab tu banyak IPTS yang offer kot. Ketika ini,
terdapat 30 buah sekolah perubatan di Malaysia dan tahun ini sahaja seramai 3
650 orang graduan bidang perubatan telah melaporkan diri untuk menjalani
latihan praktikal. Bermula tahun hadapan hingga 2020, kita dijangka
menghasilkan seramai 4 000 hingga 5 000 ribu orang graduan bidang perubatan
setiap tahun.
Dari satu sudut, ianya merupakan satu perkembangan positif
kerana nisbah doktor kepada pesakit sebanyak 1:903 ketika ini dapat
ditingkatkan kepada 1:400 dan menyamai standard negara maju yang lain.
Kerisauan Dalam Kebaikan
Pada masa yang sama, perkembangan ini turut
menimbulkan kebimbangan terutamanya kepada Persatuan Perubatan
Malaysia. Presidennya, Dr David K.L Quek berpendapat, peningkatan mendadak
dalam masa yang singkat bukan sahaja mengakibatkan lambakan tapi juga mungkin
akan menghakis kualiti kerja mereka kerana infrastruktur, pegawai pemantau dan
program latihan sedia ada tak mampu menampung jumlah mereka yang begitu ramai.
Bidang perubatan memang satu bidang yang berisiko kerana ianya
membabitkan nyawa manusia. Kesilapan ketika menjalankan rawatan kepada pesakit
pula bukanlah satu pilihan. Sedikit kesilapan boleh mengancam nyawa dan lebih
teruk lagi jika doktor tersebut disaman pulak oleh waris pesakit atas
kecuaiannya. Pendedahan secara mendalam melalui latihan di hospital dengan
diawasi pegawai perubatan yang lebih senior memang sangat perlu. Tapi jika
terlalu ramai yang masuk susahlah ye tak? Training entah ke mana lepas tu tak
cukup kakitangan untuk memantau pulak.
Saya tak bimbang sangat dengan graduan perubatan yang mendapat
tajaan kerajaan atau pun yang mengikuti kursus perubatannya di IPTA Malaysia.
Lagipun kerajaan hanya akan menghantar pelajar kita ke universiti yang
diiktiraf dan melepasi kriteria yang ditetapkan sahaja. Bukan main hantar ikut
suka.
Cuma apa yang membimbangkan ialah yang datang daripada IPTS dan
IPT luar negara yang diragui status halal akreditasinya. Takut-takut
program perubatan yang ditawarkan hanya untuk mengaut $$$ semata-mata atau pun
sekadar nak memenuhi permintaan tanpa memikirkan soal kualiti graduan yang akan
dihasilkan nanti. Walaupun bukan semua IPTS seperti itu, tapi ianya tetap
memberikan risiko kepada pesakit kelak. Bahaya tu..
Tak sanggup nak jadi mangsa kecuaian perubatan walaupun ianya
bukanlah sesuatu yang disengajakan. Sakit weh..
p/s: kurang
salah terlebih pun salah..kena sedang-sedang aje..hehe
copy paste dari bloq orang.....
No comments:
Post a Comment