Search This Blog

Monday, 25 June 2012

DYSMENORRHOEA @ SENGGUGUT

'Dysmenorrhoea' adalah kesakitan rasa kejang ketika datang haid yang biasanya dialami di bahagian bawah abdomen dan kadangkala disertai dengan sakit belakang yang boleh menjalar ke bahagian kaki. Ia juga boleh disertai dengan gejala-gejala seperti mual, muntah dan penat.
 Masalah senggugut biasanya dialami oleh setiap wanita yang belum putus haid tetapi paling ketara kepada mereka yang berusia antara 20 hingga 30 tahun, belum berkahwin serta sudah tua atau tidak mempunyai anak.


* JENIS-JENIS

Terdapat dua jenis senggugut iaitu Dysmenorrhoea Primer dan Dysmenorrhoea Sekunder.


1) DYSMENORRHOEA PRIMER

 Kebanyakannya berlaku di kalangan remaja yang baru mencecah umur baligh dan tiada sebab-sebab organik tertentu yang menyebabkannya.

 ''Senggugut jenis ini akan dirasai oleh seseorang itu sama ada sejurus sebelum datang haid dan pada hari datang haid itu sendiri.

 ''Namun kebiasaannya kesakitan akan berakhir selepas satu atau dua hari kedatangan haid,''.

 Semasa kedatangan haid jenis ini, seseorang itu akan merasa tertekan, bimbang dan tegang.

 Terdapat beberapa teori yang menerangkan bagaimana senggugut jenis ini berlaku.

 Salah satu teori yang dikenal pasti adalah peningkatan sejenis bahan yang terdapat di dalam rahim kita yang dikenali sebagai 'Prostagladin'.

 ''Bahan ini bertindak sebagai agen pengecut rahim dan salur darah dan apabila meningkat, ia mengakibatkan rasa sakit setiap kali datang haid.

 ''Ketika didatangi haid, rahim seseorang wanita itu akan menguncup supaya kesemua darah terbabit dapat ditolak keluar.

 'Bagaimanapun, jika tahap kuncupan terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kesakitan pada wanita itu pula,'' jelas beliau.



 2) DYSMENORRHOEA SEKUNDER

 Jenis kedua ini berlaku disebabkan terdapatnya sebab-sebab organik yang boleh dikenal pasti.

 Ia kebanyakannya berlaku kepada wanita yang telah berumur dan tahap kesakitannya pula dirasai secara berperingkat-peringkat.

 Kesakitan akan bermula beberapa hari sebelum kedatangan haid tetapi ia akan bertambah secara perlahan-lahan apabila haid bermula.

 Kebanyakan kes yang membabitkan jenis kedua ini adalah disebabkan oleh penyakit-penyakit berikut:

 * Pelvic Inflammatory Disease

 Ia adalah sejenis penyakit pada organ peranakan wanita yang disebabkan oleh agen-agen jangkitan kuman seperti kulat (fungus), bakteria, virus dan sebagainya.


* Penyakit Endometriosis

 Penyakit ini berpunca daripada lapisan dinding dalam rahim (endometrium) yang sepatutnya berada pada dinding dalam rahim didapati berpindah ke bahagian lain anggota dalam peranakan wanita lalu terus membiak di bahagian berkenaan. Sekiranya ia membiak di dalam kilang ovari, maka ia dipanggil 'Endometriotic cyst' (Sista endometriosis).


* Ketumbuhan Dalam Kilang Telur

 Penyakit cyst kilang telur sama ada ia barah atau tidak sering kali menyebabkan senggugut.
Bagaimanapun, ia banyak bergantung kepada sejauh mana salur darah terbabit mengembang.


* Ketumbuhan Di Dalam Rahim

 Ketumbuhan di dalam rahim seperti fibroid sama ada kecil atau besar boleh mengakibatkan senggugut.
Ini berlaku berasaskan kepada kuncupan rahim semasa haid yang lebih kuat dan terjadi kerana rahim cuba mengeluarkan ketumbuhan ini bersama-sama darah haid.


* RAWATAN

 Kedua-dua jenis senggugut ini mempunyai rawatan tertentu tetapi bergantung kepada jenis diagnosa penyakit yang menyebabkannya.

 Rawatan yang dipilih pula terdiri daripada rawatan secara perubatan dan pembedahan.

 ''Ia selalunya bergantung kepada teruk atau tidak gejala yang dihadapi pesakit, umur, tahap kesuburan pesakit (fertility), bilangan anak atau sama ada mereka merancang untuk tidak mempunyai anak lagi atau tidak,'' .

 Bagi kebanyakan kes jenis 'Dysmenorrhoea primer' rawatan secara perubatan adalah memadai.

 Ini kerana mereka yang menderita jenis pertama akan dilakukan pemeriksaan dengan teliti bagi memastikan tiada sebab-sebab lain yang boleh mengakibatkannya.

 Pesakit akan diberi kefahaman tentang gejala dan penyakit tersebut.

 ''Ubat penahan sakit seperti 'Paracetamol', 'Mefenamic acid' dan 'Synflex' didapati berkesan untuk mengurangkan rasa sakit.

 ''Namun begitu, kadangkala pil perancang keluarga juga diberi kepada pesakit untuk menghentikan proses ovulasi serta datang haid dan ini secara tidak langsung menghentikan rasa sakit ketika datang haid,'' .

 Bagi pesakit yang umurnya lanjut dan merancang tidak mahu mempunyai anak lagi, tetapi menderita sakit jenis pertama, pembedahan membuang rahim (hyterectomy) adalah disyorkan.

 Rawatan bagi jenis kedua banyak bergantung kepada sebab-sebab yang membawa kepada kesakitan itu sendiri.

 ''Pembedahan laparoscopy boleh dilakukan untuk menentukan sebab dan jenis penyakit.

 ''Bagaimanapun, jika memilih untuk mendapatkan rawatan perubatan, mereka diberikan ubat-ubatan seperti pain killer, ponstan dan sebagainya untuk melegakan sakit,''

 Rawatan pembedahan juga boleh dilakukan dengan cara membedah rahim untuk mereka yang mendapat penyakit ketumbuhan di dalam rahim dan merancang tidak mahukan anak lagi.

 ''Bagi pesakit yang mempunyai ketumbuhan di dalam rahim tetapi masih mahukan anak, pembedahan mengeluarkan fibroid (mayomectomy) adalah disarankan,''.

 Beliau berkata, tahap sakit senggugut adalah sesuatu yang subjektif bagi wanita dan ia pula memang dirasai oleh hampir setiap wanita. Tambahnya, cara rawatan pula banyak bergantung kepada pesakit itu dan jenis sakit yang dialami.

 Sakit ini boleh diatasi oleh wanita itu sendiri tetapi terdapat sesetengah kes memerlukan rawatan terperinci untuk mengurangkan rasa sakit.

 ''Pada kesakitan di tahap biasa, senaman boleh dilakukan untuk mengurangkan rasa sakit, tetapi jika jenis yang kronik pula jalan terakhir adalah menjalani pembedahan.

 ''Bagaimanapun, ini banyak bergantung kepada pesakit itu sendiri dan jenis penyakit yang dialami,'' .