JERAWAT, sebut saja mengenai masalah kulit itu, nescaya tiada siapa pun gemar melihatnya hadir meliar memenuhi wajah. Sudahlah besar dan kemerahan pula tu, ia menyakitkan hati hingga menjadikan kita hilang keyakinan diri. Biarlah setebal mana calitan solekan dikenakan, tompok sana sini, jerawat sukar disembunyikan daripada pandangan, malah lebih menyakitkan hati ia seakan lebih menonjol daripada segala perhiasan yang melengkapi penampilan kita.
Terdahulu, ketika ditanya mengenai masalah jerawat yang mampu meninggalkan kesan terhadap wajah. Jerawat atau acne tercetus akibat dari beberapa faktor saling berkaitan antaranya adalah keturunan, hormon dan kuman (bakteria). Masalah ini biasanya dialami oleh remaja apabila mereka mula mencapai tempoh kematangan (puberty). jerawat juga terbahagi kepada beberapa kategori dan antara yang paling lazim adalah jerawat batu, jerawat putih, jerawat hitam dan komedo.
“Semakin banyak sebum (minyak) dikeluarkan, peluang untuk mendapat jerawat menjadi tinggi. Apabila liang ini tersumbat dengan sebum sel kulit mati, jerawat hitam (komedo) akan terbentuk. Jika liang tersumbat kekal tertutup dan membengkak ia menjadi jerawat putih (whitehead). Jika liang yang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya (pada kulit) menjadi gelap, ia dikenali sebagai jerawat hitam.
“Semakin banyak sebum (minyak) dikeluarkan, peluang untuk mendapat jerawat menjadi tinggi. Apabila liang ini tersumbat dengan sebum sel kulit mati, jerawat hitam (komedo) akan terbentuk. Jika liang tersumbat kekal tertutup dan membengkak ia menjadi jerawat putih (whitehead). Jika liang yang tersumbat kekal terbuka dan permukaan atasnya (pada kulit) menjadi gelap, ia dikenali sebagai jerawat hitam.
Semasa proses kematangan (puberty), kelenjar minyak menjadi sangat aktif berdasarkan penghasilan dan perubahan hormon testosteron dalam tubuh badan. Ini menyebabkan saiz dan kadar metabolisma pada kelenjar juga meningkat dan bagi individu yang sensitif, penghasilan sebum berlebihan dan tercetus. “Fungsi sebum dipercayai bertindak sebagai pelincir dan lapisan pelindung kepada rambut dan kulit. Kelenjar minyak mengandungi campuran kuman mampu mengubah sebum kepada asid lemak hingga mengakibatkan radang. Tekanan psikologi dan pra-haid juga memberi kesan kepada ketidakseimbangan hormon yang akhirnya menyebabkan kehadiran jerawat pada wajah. Faktor persekitaran dan penggunaan kosmetik yang terlalu keras serta pengambilan pil juga menjadi sebahagian daripada punca masalah yang lazim ini
Bagi merawat masalah jerawat selain daripada penggunaan produk dan pengambilan ubatan bagi mengawal pembentukkan jerawat, sinaran laser.
“Tampil cantik dan sihat sememangnya menjadi dambaan ramai. Namun perlu diingatkan rawatan yang dijalankan seharusnya dilakukan oleh pakar dan pusat rawatan bertauliah".
No comments:
Post a Comment